Sejarah Kerajaan Melayu Patani menyebut:
..Dalam masa negeri Kedah telah dibuka menjadi sebuah negeri yang masyhur serta terbuka pula pulau Singapura dan Melaka oleh orang-orang MELAYU yang datang dari pulau Sumatera maka dewasa itu negeri Patani belum lagi tersebut namanya sehingga beberapa tahun kemudian, dalam hal itupun telah dipercayai bahawa dalam kawasan negeri Patani. Pada masa itu juga telah diduduki oleh orang-orang Siam asli kerana telah diketahui dengan sahnya pada zaman purbakala seluruh Tanah Melayu memang lebih dahulu diduduki oleh mereka itu. Sungguhpun pada masa itu telah ada orang-orang MELAYU yang datang dari PULAU SUMATERA menduduki di tepi pantai laut Tanah Melayu hingga setengah daripada mereka itu telah dapat berkuasa dan bernegeri sebelah selatannya seperti Singapura dan Melaka. Akan tetapi kekuasaan orang-orang MELAYU itu belum lagi meliputi hingga ke sebelah utaranya oleh kerana itu juga terdiri kekuasaan orang-orang Siam asli di utara Tanah Melayu dengan bebasnya seperti dalam Pahang, Kedah, Kelantan demikian juga Patani dan lain-lain. Sekalian pemerintahan orang Siam asli dalam negeri ini adalah bernaung kepada pusat pemerintahan yang terdiri di Ligor atau Nakorn Sri Thammarat. ...
Maka dalam masa itulah juga didalam Patani telah terdiri sebuah kerajaan orang-orang Siam asli yang terletak pusat pemerintahan dalam di daerah Perawan (sekarang dipanggil Kampung Perawan duduknya dalam daerah Jering. Nama yang sah ialah Pra Wang dalam bahasa Siam ertinya kota raja. Sekarang dalam ini ada lagi bekas kota raja dan kesan-kesan purbakala yang didirikan oleh orang-orang Siam asli dan telah dijumpai juga sebuah patung berhala Buddha yang besar yang disembah oleh orang-orang Buddha yang dibina dalam gua di atas sebuah bukit yang ada dalam daerah Yala sekarang. Patung ini telah diperbuat oleh orang-orang Siam asli itu dan ada kaitan menunjukkan bahawa masa membuat patung ini bersamaan dengan masa Maharaja Seri Wijaya Palembang membina tiang candi di negeri Ligor, melihat daripada kesan-kesan yang ada sekarang dapatlah dipercayai kerajaan orang-orang Siam asli dalam Patani sekarang itu telah lama terdiri dan tidaklah kecil kerajaannya.) tetapi nama negerinya yang sebenar belum didapati yang sah hanya ada tersebut dalam Cetera Negeri Patani mengatakan iaitu bergelar negeri “Kota Mahligai” (dalam buku Cetera Patani dikatakan perkataan ini daripada perkataan “mahanaki” ertinya negeri orang beragama Buddha mazhab Mahayana).
Melihat daripada kesan-kesannya yang ada sekarang, nyatakan negeri ini sebuah negeri yang besar juga dan diperintah oleh beberapa orang raja-rajanya dan akhir sekali diperintah oleh seorang raja yang bernama Raja Sri Wangsa. (Nama raja ini tertulis dalam buku Cetera Negeri Patani dengan “Piakurup Mahayana” ertinya raja yang menyembah ugama Mahayana). Di dalam masa pemerintahan Raja Sri Wangsa di Kota Mahligai itu telah pun ada orang-orang Melayu yang datang dari negeri-neger yang baharu dibuka disebelah selatan Tanah Melayu dan juga daripada Pulau Sumatera, mereka juga datang menduduki dan mendiami pada tepi-tepi pantai lautan. Maka adalah negeri Kota Mahligai itu diduduknya terlalu jauh ke daratan hingga berpuluh-puluh batu jauhnya dari muka laut kerana kebiasaannya orang-orang Siam asli itu tidak berapa suka tinggal di tepi-tepi laut....
...Pada masa itu raja pemerintah dan sekalian rakyat jelata dalam negeri Patani sedang beragama yang dibawa oleh orang-orang Hindu iaitu agama Buddha mazhab Mahayana. Berbetulan dewasa itu dalam Pulau Sumatera telah terdiri sebuah negeri yang bernama Pasai seluruh rakyat telah memeluk agama Islam tetapi disekeliling negerinya masih orang yang beragama Hindu. Dengan hal itu negeri Pasai selalu diserang oleh orang-orang Hindu menyebabkan orang-orang Islam di dalam negeri Pasai sentiasa hidup menderita kesusahan sehingga setengah dari mereka itu telah berpindah ke negeri yang lain menyelamatkan diri masing-masing, diantara mereka itu ada yang telah melarikan diri menuju ke negeri Patani. Semenjak itu negeri Patani mulalah menerima kedatangan orang Islam dari negeri Pasai mereka telah membuat sebuah Kampung di situ, sekalian penduduk ialah dari orang-orang Pasai belaka kemudian kampung itu digelarkan kampung Pasai hingga sekarang gelaran Kampung Pasai masih ada lagi dalam negeri Patani....
Berkaitan pengislaman raja Patani..
...Beberapa hari kemudian kelihatanlah Syeikh Safiyy al-Din datang ke kota istana dan masuk mengadap baginda Raja Antira. Sambil baginda bertitah, “Betulkah Tuan Syeikh sanggup penyakit kami?” Sembahnya, “Daulat Tuanku, ribuan ampun sangguplah patik mengubatnya tetapi dengan syarat hendaklah tuanku membuat perjanjian dengan patik terlebih dahulu.” Titah baginda, “apakah janji yang engkau kehendak itu?” jawab Syeikh Safiyy al-Din, “kehendak patik ialah sekiranya penyakit Duli Tuanku itu dapat patik sembuhkan hendaklah tuanku meninggalkan agama Buddha itu dan ikutlah agama patik iaitu agama Islam.” ...
Lalu raja pun masuk Islam..
Setelah itu mulalah pula agama Islam menjalar keluar dari istana di raja itu beransur-ansur masuk ke tengah masyarakat rakyat jelata negeri Patani dan akhirnya habislah orang-orang Patani memeluk agama Islam serta agama Buddha itupun mulalah beransur-ansur lemah dengan tidak diperduli lagi oleh orang-orang Patani. Seterusnya patung-patung berhala Buddha dan tempat persembahan mereka habislah runtuh dan binasa...
Dalam Hikayat Patani juga turut diceritakan tentang pengIslaman raja Patani ini. Namun dalam satu perenggan dikatakan:
... Adapun raja itu sungguhpun ia membawa agama Islam, yang menyembah berhala dan makan babi itu juga yang ditinggalkan; lain dari pada itu segala pekerjaan kafir itu suatu pun tiada diubahnya….
Ni ialah sumber dari Pattani yg saya ambil dari blog Phumingen :D
p/s: aku pon copy gak <http://www.facebook.com/topic.php?uid=122753674437122&topic=153>
How To Build A Productive Pinterest Account
4 years ago
2 komeng:
http://wikimapia.org/10954028/Pattani
http://faizn.blog.friendster.com/2008/10/seri-patani-meriam-melayu-terbesar-di-asia-tenggara/
Post a Comment