headline photo

troli makanan

May 21, 2011

wahahaha... tadi p jalan2 kat tanjung malim, intai2 project kalu nak dapat.... huhu...

yang best nyer, bila p pasar malam kat tanjung malim, semua ade, macam2.... huhu...

yang paling best, si "KAKAK-KAKAk" drive troli p pasar malam, serius mulut aku ternganga tengok dorang beli makanan, nih makan satu asrama ker hape, banyak giler, KAKAK tu 3 orang jer, xkan la melantak segunung makanan tuh.... wat parti kot... ahahaha....

yang terbest skali, smua makanan yang dibeli, di muatkan kedalam troli besi... gambar di sertakan nanti>>>

ahahaha... macam2 ragam manusia KAKAK2 nih... uhuhuhu...


nih la troli yang di maksudkan... cute... wahahahaha... sebakul makanan... sehat KAKAK2 tuh.....

4:29 am 21 may 2011

tik tok tik tok bunyi jam berdetik..... heeeee.....

sesekali kedengaran PC aku berDEROMM~~!!!!!!!!..... dah buruk agaknyer......

hurm... xtahu nak tulis ape sebenarnya, tapi rase macam ade benda nk taip2 kat sini... huhu...

hurm, last week ak dok area KL, lepak umah member, haish... manusia la katakan, sekejap angin bertiup, condong la kebarat, bukan nak ke timur.... elok2 orang baik2, jadi orang xberguna lak... kesian tol...

hoh bunyi anjing menyalak lak dah.... mcm2 ado... ekekeke

ok cerita tadi, dulu klu aku p KL, benda yang penting skali, kolam pancing sentul, tangkap siakap beb, sekarang p KL, jd " TOK KONG" dah, ak p xdop wat pa dah.... xdop pekdah, lepak lam umah, baik ak dok kat sarang ak nih... ado gak DOTA... ekekekeke....

ak taip nih bukan sebab ape, mancing tu haram tak? judi tu haram tak?.. sama2 lah kita pikir kan...
yang aku kesian tuh, bapak dia menitik air mata mintak tlg ak nasihatkan, insyallah la ak tolong, member kan, tp kesian la kat bapak tuh, menangis beb.... ak lak yang terpikir, jahanam punya anak, lg satu jahanm nyer member, kawan ngn kaki judi, ngn dia2 skali p main..... bln 7 nih nk kawen, p kutip duit mesin nk wat kawen, mmg xd otak.... sah2 ak xmkn nasi minyak kau..... xnak ak... ko tanggung la dosa makanan haram yg ko bg makan kat sedara mara ko tuh.... ak xnk ko berdosa sebab ak makan makanan tuh... biar ak p tengok jer sbg kawan... okeh....

so kpd kawan2 yang baca....

NASIHAT AKU...(berdasarkan pengalaman hidup aku)

kiri kanan belakang depan kawasan umah aku kat kampong, semua aktiviti dadah, judi, maksiat DLL...
aku xder pon nk bergiat dalam aktiviti tersebut... sebab ape, aku pikir, ak adde mak ayah, abang kakak adik2... so xkan ak nk buat benda2 tuh sedangkan mereka pon xbuat.....
oleh itu, klau kita berkwan dengan sesiapa pun, xkira lah, tokey ganja ka, tokey kuda ka, tokey kedai nasi lemak ka, kawan hanya sekadar berkawan, kwn2 ak byk jer jer kaki dadah, yang dah mati pon ada sbb dadah, kaki judi jgn cakap r, setiap kali time FIFA ka, FA ka, duit penuh atas meja makan, duit judi, kaya~~!!!.. tp tu lah, duit judi, bertaruh sana, bertaruh sini, pastu buat makan kat kedai, tokey kedai pon kene duit haram... ahahaha... pastu bg balance ngn duit tu... adeh... xtau dh mana satu yg ok, mn satu yg x... tuhan saja yang tahu....

ade mber ak tokey dadah, baru di selamatkan oleh geng kami, alhamdulillah, dulu mase tokey, kaya, duit tebal lam poket, ak nak apa, cakap jer, tp ak xckp pn apa2... xnak ak... melainkan isi minyak moto ak...hihihi... sbb pokai xd wit nk jalan2... wat makan ak xambik... so sahaya kita berkawan nih, salinglah menasihati, saling mengingati, antara yang baik dan yang buruk.... bukan nak memandai-mandai, bukan nak menunjuk-nunjuk kebaikan kita, hanya xnak kawan handai kita tu sesat, ingat tau, akhirat akan ditanya akan tanggungjawab kita kepda saudara2 seagama kita, yang kapir tuh biaq p la. ko suruh dia buat sampai mampos pon xkesah... huhu.... yang seagama nih,... beri lah nasihat, sekali pon cukuplah....

ak taip nih nk bg kesedaran sikit, ak xnak la perkara sama nih berulang kat kawan2 yang lain... bukan senang nak berkawan tau.. nak2 orang macam ak nih, klu aku hilang tuh, jgn dok cari, xjumpa, melainkan serbu ak kat sarang aku nih.... tp kn dtg siang2 r... malam xdapat la jack.... wakakakakaka...

daaa... dh habes tulis...

terima kasih kerana baca.... assalamualaikum wbt....

...........smile to me...........

Apr 28, 2011






suka tengok kartun nih selalu senyum.... this is "HER EYE AND HER HAIR"
huhu... i like it very-very-very much.. Who??? no one ler... chiao....~~!!!

STRIKE TO THE DOWN

baaaaaa~~!!!!!!!!!! vavavavavaaaaaaaa~~!!!!!!!!!

strike to the down.... some people want to strike to the moon right... but me, have been strike to the down...

vaaaaaa~~!!!!! xpelah, xsemua org dapat yang pertama, xsemua orang dapat yang kedua, xsemestinya pertama dan kedua itu bermakna yang seterusnya tidak berGUNA... kan kan... there is something~~...????

bukan kata sengaja, tapi terpaksa, tunggu stabil entah bila, maknanya kenalah menggunakan jalan biasa aku yang selalu aku guna sejak dari zaman belum sekolah hingga lah habes sekolah....

bukan senang nak jadi senang dop, bukan susah nk jadi susah, kan... so i need to be restart again... aish.... semua pasal poket... kalau kosong, maknanya, korang paham2 lah, x isi jadi sakit, kalau isi pon, tetap sakit, nak cari takut terbengkalai, xcari sah-sah terbengkalai.... ditelan racun di luah itu sahaja yang ade.... last last aku dok senyap macam orang hilang bini..... perabih sisa yang ada.... thanks to the friend yang ambil berat.... insyallah aku ingat korang sampai bila-bila....

i always thinking and dreaming that is one day, i will change it, not all the way, but some of the ways..

"TURN UP THE LIGHT, WALK ON THE FLOOR, OUT FROM THE DOOR"

PATTANI MALAY - the history

Jan 17, 2011

Sejarah Kerajaan Melayu Patani menyebut:

..Dalam masa negeri Kedah telah dibuka menjadi sebuah negeri yang masyhur serta terbuka pula pulau Singapura dan Melaka oleh orang-orang MELAYU yang datang dari pulau Sumatera maka dewasa itu negeri Patani belum lagi tersebut namanya sehingga beberapa tahun kemudian, dalam hal itupun telah dipercayai bahawa dalam kawasan negeri Patani. Pada masa itu juga telah diduduki oleh orang-orang Siam asli kerana telah diketahui dengan sahnya pada zaman purbakala seluruh Tanah Melayu memang lebih dahulu diduduki oleh mereka itu. Sungguhpun pada masa itu telah ada orang-orang MELAYU yang datang dari PULAU SUMATERA menduduki di tepi pantai laut Tanah Melayu hingga setengah daripada mereka itu telah dapat berkuasa dan bernegeri sebelah selatannya seperti Singapura dan Melaka. Akan tetapi kekuasaan orang-orang MELAYU itu belum lagi meliputi hingga ke sebelah utaranya oleh kerana itu juga terdiri kekuasaan orang-orang Siam asli di utara Tanah Melayu dengan bebasnya seperti dalam Pahang, Kedah, Kelantan demikian juga Patani dan lain-lain. Sekalian pemerintahan orang Siam asli dalam negeri ini adalah bernaung kepada pusat pemerintahan yang terdiri di Ligor atau Nakorn Sri Thammarat. ...

Maka dalam masa itulah juga didalam Patani telah terdiri sebuah kerajaan orang-orang Siam asli yang terletak pusat pemerintahan dalam di daerah Perawan (sekarang dipanggil Kampung Perawan duduknya dalam daerah Jering. Nama yang sah ialah Pra Wang dalam bahasa Siam ertinya kota raja. Sekarang dalam ini ada lagi bekas kota raja dan kesan-kesan purbakala yang didirikan oleh orang-orang Siam asli dan telah dijumpai juga sebuah patung berhala Buddha yang besar yang disembah oleh orang-orang Buddha yang dibina dalam gua di atas sebuah bukit yang ada dalam daerah Yala sekarang. Patung ini telah diperbuat oleh orang-orang Siam asli itu dan ada kaitan menunjukkan bahawa masa membuat patung ini bersamaan dengan masa Maharaja Seri Wijaya Palembang membina tiang candi di negeri Ligor, melihat daripada kesan-kesan yang ada sekarang dapatlah dipercayai kerajaan orang-orang Siam asli dalam Patani sekarang itu telah lama terdiri dan tidaklah kecil kerajaannya.) tetapi nama negerinya yang sebenar belum didapati yang sah hanya ada tersebut dalam Cetera Negeri Patani mengatakan iaitu bergelar negeri “Kota Mahligai” (dalam buku Cetera Patani dikatakan perkataan ini daripada perkataan “mahanaki” ertinya negeri orang beragama Buddha mazhab Mahayana).
Melihat daripada kesan-kesannya yang ada sekarang, nyatakan negeri ini sebuah negeri yang besar juga dan diperintah oleh beberapa orang raja-rajanya dan akhir sekali diperintah oleh seorang raja yang bernama Raja Sri Wangsa. (Nama raja ini tertulis dalam buku Cetera Negeri Patani dengan “Piakurup Mahayana” ertinya raja yang menyembah ugama Mahayana). Di dalam masa pemerintahan Raja Sri Wangsa di Kota Mahligai itu telah pun ada orang-orang Melayu yang datang dari negeri-neger yang baharu dibuka disebelah selatan Tanah Melayu dan juga daripada Pulau Sumatera, mereka juga datang menduduki dan mendiami pada tepi-tepi pantai lautan. Maka adalah negeri Kota Mahligai itu diduduknya terlalu jauh ke daratan hingga berpuluh-puluh batu jauhnya dari muka laut kerana kebiasaannya orang-orang Siam asli itu tidak berapa suka tinggal di tepi-tepi laut....
...Pada masa itu raja pemerintah dan sekalian rakyat jelata dalam negeri Patani sedang beragama yang dibawa oleh orang-orang Hindu iaitu agama Buddha mazhab Mahayana. Berbetulan dewasa itu dalam Pulau Sumatera telah terdiri sebuah negeri yang bernama Pasai seluruh rakyat telah memeluk agama Islam tetapi disekeliling negerinya masih orang yang beragama Hindu. Dengan hal itu negeri Pasai selalu diserang oleh orang-orang Hindu menyebabkan orang-orang Islam di dalam negeri Pasai sentiasa hidup menderita kesusahan sehingga setengah dari mereka itu telah berpindah ke negeri yang lain menyelamatkan diri masing-masing, diantara mereka itu ada yang telah melarikan diri menuju ke negeri Patani. Semenjak itu negeri Patani mulalah menerima kedatangan orang Islam dari negeri Pasai mereka telah membuat sebuah Kampung di situ, sekalian penduduk ialah dari orang-orang Pasai belaka kemudian kampung itu digelarkan kampung Pasai hingga sekarang gelaran Kampung Pasai masih ada lagi dalam negeri Patani.... 
Berkaitan pengislaman raja Patani..
...Beberapa hari kemudian kelihatanlah Syeikh Safiyy al-Din datang ke kota istana dan masuk mengadap baginda Raja Antira. Sambil baginda bertitah, “Betulkah Tuan Syeikh sanggup penyakit kami?” Sembahnya, “Daulat Tuanku, ribuan ampun sangguplah patik mengubatnya tetapi dengan syarat hendaklah tuanku membuat perjanjian dengan patik terlebih dahulu.” Titah baginda, “apakah janji yang engkau kehendak itu?” jawab Syeikh Safiyy al-Din, “kehendak patik ialah sekiranya penyakit Duli Tuanku itu dapat patik sembuhkan hendaklah tuanku meninggalkan agama Buddha itu dan ikutlah agama patik iaitu agama Islam.” ...
Lalu raja pun masuk Islam..
Setelah itu mulalah pula agama Islam menjalar keluar dari istana di raja itu beransur-ansur masuk ke tengah masyarakat rakyat jelata negeri Patani dan akhirnya habislah orang-orang Patani memeluk agama Islam serta agama Buddha itupun mulalah beransur-ansur lemah dengan tidak diperduli lagi oleh orang-orang Patani. Seterusnya patung-patung berhala Buddha dan tempat persembahan mereka habislah runtuh dan binasa...
Dalam Hikayat Patani juga turut diceritakan tentang pengIslaman raja Patani ini. Namun dalam satu perenggan dikatakan:
... Adapun raja itu sungguhpun ia membawa agama Islam, yang menyembah berhala dan makan babi itu juga yang ditinggalkan; lain dari pada itu segala pekerjaan kafir itu suatu pun tiada diubahnya….


Ni ialah sumber dari Pattani yg saya ambil dari blog Phumingen :D


p/s: aku pon copy gak <http://www.facebook.com/topic.php?uid=122753674437122&topic=153>

BATU KURAU - KG REPOH - FYP LA

SUDAH SEMINGGU AKU MENUNGGU GILIRAN PRESENTATION.... TOLONG~!!!!!!! CEPAT SIKIT BLEH??

SAMPAI BERUBAN MENUNGGU WOI... SILA CEPAT WEH... PLS PLS PLS...TOLONG CEPAT SIKIT...

o.0\

p/s  itu sahaja entry aku kali ini...boring weh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!